Buku-buku The Chronicles of Narnia

Buku-buku yang melengkapi satu siri The Chronicles of Narnia telah disusun mengikut penerbitan asal (lihat susunan bacaan di bawah). Siri ini merupakan hasil kerja yang paling popular oleh C.S. Lewis setakat ini dan telah terjual lebih dari 95 naskhah salinan dalam lebih dari 40 bahasa.



Awas! Terdapat cerita atau pengakhiran yang mungkin anda masih belum ingin mengetahuinya!



The Lion, the Witch and the Wardrobe (1950)

The Lion, the Witch and the Wardrobe yang bermaksud Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari, yang asalnya adalah (The Chronicles of Narnia: the Lion, the Witch and the Wardrobe) diterbitkan pada 1950, menceritakan kisah empat orang kanak-kanak biasa, Peter, Susan, Edmund dan Lucy Pevensie. Mereka menemui benua ajaib Narnia, dan membantu membebaskan tanah itu dari belenggu kejahatan Penyihir Putih (White Witch). Mereka turut dibantu oleh beberapa makhluk lain seperti Aslan si Singa, penjaga Narnia. Kisah ini berakhir dengan pertarungan menentang kuasa penyihir itu.

Prince Caspian (1951)

Diterbitkan pada 1951, Prince Caspian atau Putera Caspian (nama penuhnya The Chronicles of Narnia: Prince Caspian: The Return to Narnia) mengisahkan kembalinya adik-beradik Pevensie ke Narnia buat kali kedua apabila mereka mendapati seorang raja yang jahat dari Telmarine telah menguasai Narnia. Pemerintah asing ini cuuba membunuh semua membunuh makhluk ajaib di Narnia tetapi masih terdapat banyak lagi yang bersembunyi di ceruk pendalaman. Keempat-empat kanak-kanak itu cuba membantu Putera Caspian yang masih muda menguruskan tentera Haiwan yang Bertutur, dan, dengan pertolongan sang singa yang hebat, Aslan, Narnia sekali lagi dibebaskan dari belenggu kejahatan.

The Voyage of the Dawn Treader (1952)

Diterbitkan pada 1952, The Voyage of the Dawn Treader atau Pelayaran Pengembara Subuh atau asalnya bertajuk (The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader) menyaksikan kembalinya Edmund dan Lucy Pevensie, bersama-sama sepupu mereka yang sombong, Eustace Scrubb, ke Narnia. Mereka menemani Raja Caspian dalam pelayaran mencari tujuh raja yang dihalau apabila bapa saudara Caspian yang kejam, Miraz merampas takhta. Perjalanan yang berbahaya ini menemukan mereka dengan pelbagai keajaiban dan kedahsyatan apabila mereka belayar menuju ke negara Aslan di hujung dunia.

The Silver Chair (1953)

The Silver Chair atau Kerusi Perak atau tajuk asalnya (The Chronicles of Narnia: The Silver Chair) adalah buku pertama tanpa kanak-kanak dari adik-beradik Pevensie. Kali ini, Aslan menyeru Eustace kembali ke Narnia bersama rakan sekolahnya, Jill Pole. Di sana, mereka diberikan empat pembayang untuk mencari Putera Rilian yang hilang. Eustace dan Jill berhadapan dengan bahaya sebelum menjumpai Rilian dan membebaskannya dari jampi Penyihir Zamrud.

The Horse and His Boy (1954)

The Horse and His Boy atau Kuda dan Budaknya yang buku asalnya diterbitkan pada 1954, (The Chronicles of Narnia: The Horse and His Boy) menceritakan kisah Bree, kuda yang bercakap, dan Shasta, seorang kanak-kanak lelaki yang diperhambakan di sebuah negeri ke Selatan Narnia. Pada suatu hari, mereka bertemu dan merancang untuk kembali ke Narnia dan bebas. Dalam perjalanan mereka, mereka menjumpai Calormenes yang akan menakluk Narnia dan memberikan amaran. Riwayat ini berlaku ketika pemerintahan Adik-Beradik Pevensie sebagai Raja dan Permaisuri Narnia.

The Magician's Nephew (1955)

Diterbitkan pada 1955, The Magician's Nephew atau Anak Saudara Penyihir atau tajuk asalnya (The Chronicle of Narnia: The Magician's Nephew) membawa kita kepada permulaan Narnia iaitu kita akan mengetahui bagaimana Aslan mencipta dunia itu dan bagaimana kejahatan mula-mula memasuki tanah ajaib itu. Banyak misteri Narnia terbongkar apabila beberapa orang kanak-kanak yang lain muncul di Narnia secara tidak sengaja melalui cara yang berbeza dari Riwayat Narnia yang lain.

The Last Battle (1956)

Kisah yang diterbitkan pada 1956 dan memenangi Pingat Carnegie, The Last Battle atau Pertarungan Terakhir atau asalnya (The Chronicles of Narnia: The Last Battle) merupakan riwayat pengakhiran dunia Narnia. Jill dan Eustace kembali ke Narnia untuk membantu menyelamatkannya dari penakluk yang khianat dan Aslan yang palsu.